Skip navigation

Aku sebenarnya bukan minat sangat nak memikirkan pasal politik ni. Tapi oleh kerana setiap hari disogokkan dengan berita/cerita politik setiap hari, terpaksa aku memikirkan jugak. Boleh dikatakan hampir 50% dari berita di media elektronik dan cetak yang dikawal kerajaan barisan nasional (bukan ke kerajaan patutnya kerajaan Malaysia) akan bercerita pasal politik terutamanya umno dan juga pihak-pihak yang bersekutu dengannya. Dah naik muak dah…. mujur ada sumber alternatif untuk dijadikan bahan pemikiran. Aku pun tak tau mana yang paling betul.. tapi kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang.

Walaupun sebenarnya yang bermain politik secara langsung sebenarnya sebahagian kecik dari rakyat Malaysia, secara tak langsung perkara ni turut sama mengheret rakyat-rakyat Malaysia yang lain turut sama membuang masa bercerita perihal politik. Maka produktiviti kerja sudah pasti menurun…

Kalau tak ambik tau, kata tak peka pulak. Ambik tau, kalau tegur.. tak boleh pulak. Mengkarung la diorg nih…

Advertisements